200+ Soalan Ujian SPiER Pegawai Penjara

oleh Cikgu Khairul

Ujian SPiER Pegawai Penjara – Adakah anda bakal menduduki ujian SPiER pegawai penjara? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?

Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian SPiER semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian SPiER?

SPiER merupakan akronim bagi Sistem Pemprofilan Rekrutmen, satu ujian khas yang dirangka untuk menilai personaliti serta kecenderungan seseorang calon dalam bidang penguatkuasaan.

Matlamat utama ujian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada seseorang individu mempunyai keperibadian dan minat yang sesuai untuk bergelar seorang pegawai penguat kuasa. Jika seseorang secara semula jadi memiliki ciri-ciri yang diperlukan, peluang untuk lulus ujian ini lebih tinggi. Sebaliknya, bagi mereka yang tidak memiliki minat atau personaliti yang selari dengan bidang ini, ujian ini mungkin menjadi cabaran besar.

Tambahan pula, jumlah calon yang menduduki ujian ini agak ramai, menjadikan persaingan semakin sengit. Ini secara tidak langsung meningkatkan tahap kesukaran untuk berjaya melepasi ujian SPiER.

Format Soalan SPiER Penjara.

Berdasarkan pengalaman ujian yang telah dijalankan sebelum ini, soalan dalam SPiER lebih menekankan aspek psikologi, yang mana setiap jawapan akan memberi gambaran tentang personaliti calon.

Setiap soalan disusun dalam bentuk pilihan jawapan, seperti:

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya.
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya.
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya.
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa ujian ini mudah dan boleh dijawab dengan santai. Namun, hakikatnya tidak begitu. Berbeza dengan ujian psikometrik yang bertujuan mengecilkan jumlah calon, ujian SPiER lebih menumpukan kepada pemilihan individu yang benar-benar memiliki karakter yang sesuai dengan keperluan jawatan.

Matlamat utama ujian ini bukan untuk menyisihkan seramai mungkin calon, tetapi untuk mengenal pasti mereka yang mempunyai personaliti, nilai, dan kecenderungan yang tepat bagi menggalas tanggungjawab dalam bidang kepenjaraan.

Oleh itu, walaupun soalan kelihatan ringkas, ia tetap memainkan peranan penting dalam memastikan hanya individu yang memenuhi kriteria ditetapkan akan dipilih ke peringkat seterusnya.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian SPiER Penjara?

Ujian SPiER bagi pemilihan pegawai penjara menilai beberapa aspek utama, terutamanya tahap kecergasan fizikal calon.

Dalam profesion kepenjaraan, daya tahan fizikal yang tinggi bukan sekadar kelebihan, tetapi satu keperluan asas.

Seorang pegawai penjara perlu memiliki kecergasan yang mantap bagi memastikan mereka mampu menjalankan tugas dengan cekap, terutamanya dalam menangani insiden yang memerlukan reaksi pantas.

Kecergasan yang baik membolehkan seseorang pegawai:

Contoh soalan yang digunakan untuk menilai tahap kecergasan calon:

Soalan: Saya mengalami kesukaran bernafas, contohnya bernafas terlalu cepat atau tercungap-cungap walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal.

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya.
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya.
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya.
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya.

Aspek Kritikal Dalam Ujian SPiER.

Selain aspek fizikal, integriti merupakan elemen penting dalam pemilihan pegawai penjara. Kejujuran, ketelusan, dan profesionalisme adalah prinsip utama yang perlu dipegang oleh setiap pegawai penjara.

Sebagai penjawat awam yang bertanggungjawab ke atas institusi pemulihan, pegawai penjara bukan sahaja perlu mengawal disiplin banduan, tetapi juga menjadi contoh kepada pegawai bawahan dalam mematuhi prinsip undang-undang dan keadilan.

Kegagalan dalam aspek integriti boleh memberi impak besar, antaranya:

Bagi memastikan hanya calon yang memiliki tahap integriti tinggi dipilih, ujian SPiER merangkumi soalan khusus seperti berikut:

Soalan: Saya sanggup mengetepikan peraturan dan undang-undang demi mencari pendapatan lebih.

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya.
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya.
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya.
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya.

Contoh Soalan SPiER Penjara.

Walaupun soalan SPiER ini menggunakan format psikometrik, ianya sikit berbeza dengan soalan psikometrik SPA.

Ujian SPA mempunyai skop yang lebih besar. Manakala soalan SPiER lebih terfokus kepada jawatan seorang pegawai penjara itu sendiri.

Kalau anda nak tahu, setiap jawapan yang anda pilih dalam ujian SPiER nanti akan membentuk satu profil personaliti. Dengan profil inilah akan menentukan gagal ataupun lulus seseorang calon itu.

Jika seseorang calon itu lulus, itu bermaksud profil dirinya menepati ciri-ciri seorang anggota penguatkuasa yang dicari oleh pihak penilai.

10 Soalan SPiER Pegawai Penjara.

Di bawah ini merupakan 10 contoh soalan ujian SPiER yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak.

Soalan 1: Saya menganggap menyimpan rahsia itu merupakan tanggungjawab kepada saya.

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya.
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya.
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya.
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya.

Soalan 2: Saya akan menilai seseorang yang baru saya jumpa.

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya.
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya.
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya.
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya.

Soalan 3: Saya cenderung bertindak secara berlebihan kepada sesuatu keadaan.

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya.
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya.
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya.
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya.

Soalan 4: Saya tidak dapat mengawal diri daripada bertengkar apabila orang lain tidak bersetuju dengan saya.

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya.
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya.
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya.
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya.

Soalan 5: Saya tidak boleh terima apa jua menghalangi saya daripada meneruskan apa yang sedang saya lakukan.

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya.
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya.
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya.
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya.

Soalan 6: Saya bersetuju setiap peraturan jabatan telah mengambil kira kebajikan pekerja.

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya.
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya.
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya.
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya.

Soalan 7: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya.
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya.
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya.
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya.

Soalan 8: Saya akan tetap pertahankan pendapat saya walaupun ramai yang membantah.

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya.
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya.
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya.
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya.

Soalan 9: Saya sanggup mengorbankan masa bersama keluarga demi kepentingan tugas dan negara.

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya.
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya.
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya.
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya.

Soalan 10: Saya bersedia menerima hadiah untuk memberikan keistimewaan kepada seseorang.

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya.
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya.
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya.
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya.

Kuiz SPiER Pegawai Penjara.

Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Adakah perwatakan anda sesuai untuk jadi pegawai penjara ataupun tidak.

Sila klik butang di bawah untuk jawab kuiz.

Tips Lulus SPiER Penjara.

Salah satu cara untuk lulus dalam ujian SPiER ini ialah anda perlu biasakan diri menjawab soalan. Soalan SPiER ini menfokuskan kepada personaliti seorang anggota penguatkuasa.

Jadi anda perlu pastikan setiap jawapan anda itu mencerminkan personaliti pegawai penjara kalau nak lulus ujian ini.

Rekemendasi Daripada Cikgu.

Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti. Saya yakin anda akan terbiasa dengan format soalan kalau anda tahu bagaimana rupa standard soalan SPiER ini.

soalan spier penguasa penjara

Klik butang di bawah untuk download.

Dan setiap soalan disertakan dengan cadangan jawapan. Nanti anda akan tahu apa jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.

Semoga Bermanfaat.

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan SPiER ini dapat membantu anda semua nanti.

Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Copyright © 2025 Ujian Psikometrik