Apa langkah seterusnya selepas lulus ujian psikometrik? Saya yakin mesti ini yang menjadi pertanyaan kepada anda. Jadi, apa langkah yang perlu dilakukan selepas lulus ujian ini?
Apabila anda mendapat keputusan ujian online, akan ada dua kemungkinan sama ada anda lulus ataupun anda gagal. Sekiranya anda mendapat keputusan lulus, tahniah saya ucapkan dan jangan sia-siakan peluang yang diberikan ini.
Buat Persediaan.
Apabila anda sudah mendapat keputusan lulus dalam ujian psikometrik, perkara yang seterusnya perlu anda lakukan ialah membuat persediaan sama ada persiapan untuk ujian fizikal ataupun persediaan untuk menghadapi temuduga.
Sekiranya jawatan itu bukan badan beruniform, anda hanya perlu membuat persediaan untuk menghadapi temuduga sahaja.
Sekiranya jawatan yang anda pohon itu melibatkan jawatan badan beruniform, anda perlu melepasi ujian fizikal terlebih dahulu sebelum dipanggil untuk sesi temuduga.
Syarat Wajib Badan Beruniform
Untuk badan beruniform, syarat-syarat yang wajib anda patuhi untuk melepasi tapisan ujian fizikal ialah:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
Sekiranya anda tidak melepasi salah satu daripada syarat-syarat di atas, kemungkinan besar anda akan gagal untuk tapisan ujian fizikal ini. Apabila anda gagal ujian fizikal, maka anda tidak akan mendapat panggilan temuduga.
Saya harap perkongsian saya ini dapat menjawab persoalan apakah langkah seterusnya selepas lulus ujian psikometrik. Saya doakan agar anda akan lulus ujian fizikal dan temuduga nanti. Aamiinn…
Ps.. Anda dah tahu apa soalan-soalan popular ditanya dalam sesi temuduga? Kalau belum tahu, sila klik butang di bawah untuk baca.